PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kawalan keselamatan itu merangkumi ketika kem latihan pusat dan perjalanan sewaktu hari perlawanan di dalam mahupun luar negara.
Beliau berkata ia sebagai langkah memastikan keselamatan para pemain berada pada tahap optimum berikutan serangan jenayah melibatkan dua pemain kebangsaan iaitu Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim yang berlaku baru-baru ini.
"Kami sudah maklumkan kepada pegawai polis yang bertanggungjawab jaga pasukan semasa tugasan pasukan kebangsaan untuk betul-betul peka dengan pergerakan pemain. Tidak kira di dalam ataupun luar negara, perkara itu mesti jadi keutamaan.
"Perkara sama juga perlu dilakukan semasa kem latihan pusat. Selama ini memang kita ada pegawai polis yang menjaga pasukan tetapi mungkin kita perlukan lebih lagi selepas ini," katanya dalam sesi temu bual khas bersama Bernama di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.
Mengenai insiden yang melanda dua pemain kebangsaan itu, Hamidin enggan membuat sebarang spekulasi termasuk kemungkinan terdapat unsur penglibatan sindiket mengatur perlawanan.
"Saya tidak pasti adakah ia secara kebetulan ataupun terancang. Perkara ini di luar pengetahuan saya. Saya kesal dengan apa yang berlaku," kata Hamidin yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Mengulas perkembangan Faisal Halim, Hamidin berkata pemain Selangor FC itu bakal terlepas baki dua perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada awal Jun ini.
"Berdasarkan lawatan dan maklumat yang saya terima semalam, beliau (Faisal Halim) mungkin memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan untuk pulih," katanya.
Semalam, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pemain kebangsaan cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Ia merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.
Sementara itu di Kelantan, polis akan meningkatkan kawalan keselamatan sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini yang akan bermula 10 Mei ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengawal ketat pemain dan menjaga keselamatan mereka dalam setiap perlawanan yang berlangsung.
"Kami akan membuat risikan sekiranya ada maklumat berkaitan serangan terhadap pemain bola sepak di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri 2024 peringkat kontinjen Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Hamidin berkata kawalan keselamatan itu merangkumi ketika kem latihan pusat dan perjalanan sewaktu hari perlawanan di dalam mahupun luar negara. - Gambar fail/Bernama
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga
Pan-gon memahami situasi yang berlaku selain FAM juga akan mengambil langkah keselamatan sewajarnya terutama pada kem latihan pusat pada Jun.
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.